Kriteria untuk menjadi ahli :
Kad Rakan Muda Klasik :
Ahli yang memohon untuk kali pertama akan mendapat kad keahlian rakan muda klasik
Hanya warganegara Malaysia yang berumur antara 15-25 tahun sahaja yang layak untuk memohon kad keahlian ini.
Kelebihan :
Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah.
Kad Rakan Muda Emas
Ahli yang telah memiliki kad keahlian rakan muda klasik boleh menukarkan kepada kad keahlian rakan muda emas sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut :
-warganegara malaysia
-berumur 15-25 tahun sahaja
-memiliki kad keahlian rakan muda klasik melebihi 6 bulan dan menyertai 10 dan lebih aktiviti daripada 7 gaya hidup Rakan Muda peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) ysng telah mencapai pingat perak.
Kelebihan :
Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah dan baucer khas dan promosi / pakej istimewa. berpeluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta.
Kad Rakan Muda Platinum :
Ahli yang telah memiliki kad keahlian rakan muda Emas boleh menukarkan kepada kad keahlian rakan muda Platinum sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut :
-warganegara malaysia
-berumur 15-25 tahun sahaja
-memiliki kad keahlian rakan muda Emas melebihi 6 bulan dan menyertai 20 dan lebih aktiviti daripada 7 gaya hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti khidmat rakan masyarakat. Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai pingat emas.Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang telah diiktiraf berjasa dan memberi menyumbang besar kepada negara.
Kelebihan :
Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah dan baucer khas dan promosi / pakej istimewa. berpeluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta. Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel pertunjukan, kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa kepada ahli yang ingin menyambung ke IPT, peluang menyertai aktiviti / program lawatan ke luar negeri anjuran Bahagian Rakan Muda.




No comments:
Post a Comment