Wednesday, 27 July 2011

Berita.....Berita.....

Kepada rakan-rakan blog, selepas posa ni ada program untuk belia-belia sekalian... Salah 1 program 2 ialah belia patriontik, yang akan berlangsung d daerah ranau.... Jom ramai2 memriahkan suasana musim perayaan untuk mjd belia patriotik.... Sekian...

Saturday, 18 June 2011

Rakan Sukarelawan

RAKAN SUKARELAWAN
Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan.

Penggerak Rakan Muda... Jangan malu-malu join Rakan Muda


Rakan Muda Yakin Boleh

Sertailah Rakan Muda - satu pergerakan remaja terunggul di negara kita !

Rakan Muda merangkumi 10 aktiviti utama yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Pilihlah satu atau lebih gaya hidup yang sesuai dengan citarasa anda!

Rakan Muda menjanjikan -

Keseronokan dan keceriaan yang diidamkan
Pengalaman baru yang akan mengubah gaya hidup kita
Cabaran yang menanamkan semangat dan keyakinan
Yang penting:
Kecintaan pada nusa.

Mengetahui hakikat ini
Kita tidak sendirian
Kita jayakannya bersama rakan dan taulan.

Atas semangat kesukanan, kebudayaan dan kesenian
Bersama kita
Capai bintang cemerlang.

Impian akan terlaksana
Bersemangat waja terus berusaha
Capai cita murnimu

Sertailah kami !

Bersama kita serlahkan kecemerlangan.

Rakan Muda - impian kita akan terlaksana

Rakan Muda - Yakin Boleh.

Kad ahli Rakan Muda

Kriteria untuk menjadi ahli :


 Kad Rakan Muda Klasik :

Ahli yang memohon untuk kali pertama akan mendapat kad keahlian rakan muda klasik
Hanya warganegara Malaysia yang berumur antara 15-25 tahun sahaja yang layak untuk memohon kad keahlian ini.

Kelebihan :

Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah.

Kad Rakan Muda Emas


Ahli yang telah memiliki kad keahlian rakan muda klasik boleh menukarkan kepada kad keahlian rakan muda emas sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut :

-warganegara malaysia
-berumur 15-25 tahun sahaja
-memiliki kad keahlian rakan muda klasik melebihi 6 bulan dan menyertai 10 dan lebih aktiviti daripada 7 gaya hidup Rakan Muda peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) ysng telah mencapai pingat perak.

Kelebihan :
Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah dan baucer khas dan promosi / pakej istimewa. berpeluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta.


Kad Rakan Muda Platinum :




Ahli yang telah memiliki kad keahlian rakan muda Emas boleh menukarkan kepada kad keahlian rakan muda Platinum sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut :

-warganegara malaysia
-berumur 15-25 tahun sahaja
-memiliki kad keahlian rakan muda Emas melebihi 6 bulan dan menyertai 20 dan lebih aktiviti daripada 7 gaya  hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti khidmat rakan masyarakat. Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai pingat emas.Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang telah diiktiraf berjasa dan memberi menyumbang besar kepada negara.

Kelebihan :

Diskaun / khidmat Rakan Niaga istimewa yang mengambil bahagian dalam mengumpul dan menukarkan mata ganjaran kepada hadiah tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa maklumat terkini melalui sms dan majalah dan baucer khas dan promosi / pakej istimewa. berpeluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta. Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel pertunjukan, kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa kepada ahli yang ingin menyambung ke IPT, peluang menyertai aktiviti / program lawatan ke luar negeri anjuran Bahagian Rakan Muda.

Aktiviti Rakan Muda

Kelab rakan muda serta pejabat belia dan sukan daerah sering kali menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menarik minat para remaja menyertainya. antara aktiviti yang sering menjadi rebutan para remaja mengikut jenis program ialah :


  • Program khidmat masyarakat
  • program perkhemahan
  • program kembara alam

  • program kecergasan



Untuk maklumat lanjut hubungi / kunjungi pejabat belia dan sukan daerah masing-masing...
jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai program yang dianjurkan kerana majoriti program yang dianjurkan adalah secara percuma dan tiada bayaran yang dikenakan. tertakluk kepada terma dan syarat.

Rakan Muda Inovasi

8 GAYA HIDUP RAKAN MUDA...
 


Rakan Cinta Alam

Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah.

Rakan Inovasi

Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.

Rakan Kecergasan

3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

Rakan Masyarakat

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

Rakan Seni Budaya

Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain.

Rakan Wajadiri

Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung.

Rakan Wirausaha

Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah.

Rakan Siber

Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.

Rakan Muda Cinta Alam

Rakan Muda Wawasan Desa

Rakan Muda Jiran Muda

Rakan Muda Sukarelawan

RAKAN MUDA 1 MALAYSIA





Misi Rakan Muda

Melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, sentiasa berkhidmat dan daya juang yang tinggi dan berfikiran positif.

Visi Rakan Muda

Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing.

Lagu Tema Rakan Muda

Belia 1 Malaysia....Mari Nanyi Sama-Sama!!!

Pengenalan Rakan Muda

Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti.  Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).

Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup 
Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini  akan membawa golongan remaja  dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh  pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Gaya Hidup 
Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.

RAKAN MUDA INOVASI